Monday, November 22, 2010

Hormati Guru Keberkatan Ilmu

Teringat ketika aku kecik2 dulu, sekolah rendah.. aku tak berapa suka kat cikgu F.. Pasal time dah bis exam pun dia mesti nak bagi latihan matematik darjah 2. Supaya kami satu kelas tak buang masa katanya. Kadang2 masa cikgu lain pun dia masuk. Time tu budak2 biase le dah habis jawab peksa nak le berseronok je main macam2 dlm kelas... aku dan kekawan yang seangkatan tak bawak buku latihan (buku kotak-kotak/murid akan menyalin nombor yang ditulis di papan hijau oleh cikgu F menggunakan kapur kaler putih dan warna warni) plak time tu..dah exam aku tak bawaklah buku. Hukumannya, aku dikehendaki bediri di atas kerusi n aduii sakit oo cubitan cikgu F..pasal dia suka cubit kat perut. 


Masa kena cubit tu aku seakan redho je menahan sakit kepedihan tanpa sebarang kata..sikit pun tak marah pada cikgu, yang aku fikir sakitnya cikgu cubit. Pasal dia cikgu, aku ni murid je. Darjat dia lebeh mulia dari aku. (aku hormat dia kan..tu pasal aku diam) Ape pun terjadi aku kena ikut cakap dia.. bila naik darjah 4 cikgu F pun bertukar sekolah lain kena ikut laki dia pindah bertugas tempat lain. Aku gumbira jugak dia pindah pasal aku pikir lepas ni dah tak kena cubit lagi...
Beberapa tahun kemudiannye,  aku pulak telah ditakdirkan  jd seorang guru..hehe mcm cikgu F dulu, kena ajar subjek yang sama tapi di sekolah yang lain le. Tujuan cikgu F sama jugak dengan tujuan aku. Kini aku dah faham ape yang dimahukan oleh cikgu F, suruh aku buat latihannn manjanggg.. sebabnya cikgu F mahu aku pandai mengira, ada disiplin, jangan buang masa, bersungguh-sungguh. Banyak lagi yang baik2 cikgu F mahukan.  Terima kasih cikgu F. Moga Allah merahmati cikgu F dan cikgu2 aku yang penah ngajar aku dan cikgu2 yang ikhlas mengajar di dunia ni..

Tahun 2010 hampir menutup tirai..cuti sekolah pun dah datang.. 
Aku dah cuba jadi cikgu yang terbaik untuk anak-anak didik aku untuk tahun ni. Ape yang tak kena perlu diperbetulkan secepat mungkin (bukak sekolah nanti tahun 2011). 

Menuntut ilmu adalah kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam.  Kelahiran Rasulullah s.a.w bersama suluhan wahyu telah berjaya mengangkat umat manusia ke arah tamadun yang tinggi berteraskan nilai material dan kemanusiaan. Melalui Al-Quran banyak ditekankan mengenai kelebihan orang yang berilmu, begitu juga melalui rangsangan hadis nabi yang menyeru agar kita menyelamatkan diri kita daripada belenggu kejahilan. 

Cikgu pun sama. Jadilah cikgu yang berilmu.. supaya cerah masa depan dunia akhirat anak-anak Islam diluar sana. Tak suka jadi cikgu baik resign saja, ia umpama membunuh jiwa anak-anak kita. Panjang umor ada la aku sebagai cikgu pada tahun hadapan. InsyaAllah. 
kat bawah ni ada beberapa kisah.. sile la bace

Apa yang mesti kita sedar dalam menimba ilmu pengetahuan ialah mengenai adab yang mesti kita jaga agar kita menjadi orang berilmu dan beradab. Antaranya ketika kita mahu belajar maka buanglah segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain.

Kita dapat lihat bagaimana sikap rendah diri dan menghormati guru serta membuang segala keistimewaan yang ada pada diri melalui sebuah kisah sebagai renungan bersama di mana Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya masyhur. 

Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.

Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

Pelajar juga mesti duduk dalam keadaan beradab apabila belajar dan jangan lakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati guru. Kita lihat bagaimana yang berlaku kepada imam Syafie yang merupakan seorang yang rajin belajar dan kuat ingatan. Pernah suatu ketika beliau datang belajar tetapi tidak mempunyai kalam dan kertas untuk mencatat apa isi penting yang disampaikan oleh guru disebabkan beliau tidak mampu membelinya. 

Beliau hanya mencatat isi penting itu dengan menggunakan lidi yang dibasahkan dengan lidahnya dan kemudiannya ditulis ditapak tangan. Si guru yang melihat telatah imam Syafie lalu memanggilnya setelah tamat kuliahnya. Si guru begitu marah dengan apa yang dilakukan oleh imam Syafie kerana beliau menganggap imam Syafie tidak menumpukan perhatiannya kepada kuliah yang disampaikan sebaliknya hanya bermain-main sahaja dengan lidi. Imam Syafie menafikannya dan menerangkan bahawa dia telah mencatat semua ilmu yang telah diajar oleh guru tersebut di mana beliau turut menerangkan tentang ketidakmampuannya untuk memiliki kalam dan kertas sebagaimana oleh lain kerana tiada wang. Si guru terus mengujinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu lalu imam Syafie membaca kesemua isi kitab yang telah dibaca oleh guru tersebut sebentar tadi dan apa yang dicatatkannya daripada isi penting di telapak tangannya itu. Si guru begitu kagum dengan ingatan imam Syafie yang begitu kuat.Inilah ia bagaimana seseorang guru akan terasa kurang dihormati apabila melihat muridnya membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hatinya terutama ketika pembelajaran berlangsung. Kita juga dapat lihat bagaimana imam Syafie mampu menjelaskan dengan baik dan sopan kepada gurunya tentang perkara sebenar yang berlaku sehingga guru berpuas hati dan sayang kepada muridnya itu.
Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk dijadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap. 


Kita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan. Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doa orang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul.Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walau pun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini




No comments:

Post a Comment