Tuesday, November 23, 2010

Nilai Persahabatan

Petang tadi M datang ke rumah. Masing-masing sibuk dengan macam-macam urusan duniawi (aku harap urusan ukhrawi tak dilupakan). Lama jugak la tak borak2, minum air roselle flower (aku masak sendiri) sambil makan jajan dan baki kueh raya aidiladha di ruang tamu rumahku.  Esok sahabatku ini akan ke Indonesia, Sumatera Barat. Kota Bukit Tinggi. Nama tempatnya yang dipanggil Kubapaten Pasaman (kubapaten=bandar) menziarahi saudara di sana. Lama jugak M ke sana cuti sekolah 10hb Disember baru pulang ke Mesia katanya. M kata nak tepon aku bila dia sampai ke sana nanti. 

Aku harap M dan kuagenye selamat sampai ke sana dan pulang dengan selamat ke Mesia, disamping buah tangan yang aku pesan..hehehe... Aku mendoakan agar M dan sahabatku yang lain dilindungi Allah Taala di mana jua berada. Amin

Ape nilai sebuah persahabatan.. 


Persaudaraan yang sejati, menurut Rasulullah saw. adalah persaudaraan antara dua anak manusia yang diikat oleh tali dan rasa cinta kepada Allah swt. Lalu, mereka hidup bersama kerana Allah, berjuang bersama kerana Allah, dan mati bersama juga kerana Allah. Inilah realiti persaudaraan yang sejati dan abadi. 


Persahabatan, dapat diibaratkan seperti pintu yang akan menghantar manusia menuju surga atau neraka. Mengapa? Jawapannya, seperti dikatakan Ibn Abbas, kerana persahabatan dapat menimbulkan kebaikan dan keburukan sekaligus. ''Tak ada yang dapat merosak manusia selain manusia itu sendiri,'' demikian Ibn Abbas. Agar persaudaraan dan persahabatan itu melahirkan kebaikan-kebaikan, duniawi mahu pun ukhrawi, maka dalam persaudaraan itu harus ditegakkan nilai-nilai atau sifat-sifat yang terpuji. 


Di antaranya adalah sifat saling tolong-menolong dalam kebaikan (Q.S. Al-Maidah, 2), saling berpesan dalam kebenaran (Q.S. Al-Balad, 17), dan saling kasih mengasihi di antara mereka (Q.S. Al-Fath, 29).


Persaudaraan dan persahabatan harus pula didasarkan pada persamaan idealisme dan cita-cita. Dalam kaitan ini, Ibnu 'Athailah, lewat kitab Hikam-nya mengingatkan, ''Jangan kamu bergaul dan berteman dengan orang yang idealisme, cita-cita, sikap, dan perilakunya tidak mendorongmu ke jalan yang benar, iaitu jalan Allah swt.'' Ini  bermakna bahawa, tidak setiap orang layak dijadikan sebagai teman atau sahabat.

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan. Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik. Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Wallahu 'Alam

Monday, November 22, 2010

Hormati Guru Keberkatan Ilmu

Teringat ketika aku kecik2 dulu, sekolah rendah.. aku tak berapa suka kat cikgu F.. Pasal time dah bis exam pun dia mesti nak bagi latihan matematik darjah 2. Supaya kami satu kelas tak buang masa katanya. Kadang2 masa cikgu lain pun dia masuk. Time tu budak2 biase le dah habis jawab peksa nak le berseronok je main macam2 dlm kelas... aku dan kekawan yang seangkatan tak bawak buku latihan (buku kotak-kotak/murid akan menyalin nombor yang ditulis di papan hijau oleh cikgu F menggunakan kapur kaler putih dan warna warni) plak time tu..dah exam aku tak bawaklah buku. Hukumannya, aku dikehendaki bediri di atas kerusi n aduii sakit oo cubitan cikgu F..pasal dia suka cubit kat perut. 


Masa kena cubit tu aku seakan redho je menahan sakit kepedihan tanpa sebarang kata..sikit pun tak marah pada cikgu, yang aku fikir sakitnya cikgu cubit. Pasal dia cikgu, aku ni murid je. Darjat dia lebeh mulia dari aku. (aku hormat dia kan..tu pasal aku diam) Ape pun terjadi aku kena ikut cakap dia.. bila naik darjah 4 cikgu F pun bertukar sekolah lain kena ikut laki dia pindah bertugas tempat lain. Aku gumbira jugak dia pindah pasal aku pikir lepas ni dah tak kena cubit lagi...
Beberapa tahun kemudiannye,  aku pulak telah ditakdirkan  jd seorang guru..hehe mcm cikgu F dulu, kena ajar subjek yang sama tapi di sekolah yang lain le. Tujuan cikgu F sama jugak dengan tujuan aku. Kini aku dah faham ape yang dimahukan oleh cikgu F, suruh aku buat latihannn manjanggg.. sebabnya cikgu F mahu aku pandai mengira, ada disiplin, jangan buang masa, bersungguh-sungguh. Banyak lagi yang baik2 cikgu F mahukan.  Terima kasih cikgu F. Moga Allah merahmati cikgu F dan cikgu2 aku yang penah ngajar aku dan cikgu2 yang ikhlas mengajar di dunia ni..

Tahun 2010 hampir menutup tirai..cuti sekolah pun dah datang.. 
Aku dah cuba jadi cikgu yang terbaik untuk anak-anak didik aku untuk tahun ni. Ape yang tak kena perlu diperbetulkan secepat mungkin (bukak sekolah nanti tahun 2011). 

Menuntut ilmu adalah kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam.  Kelahiran Rasulullah s.a.w bersama suluhan wahyu telah berjaya mengangkat umat manusia ke arah tamadun yang tinggi berteraskan nilai material dan kemanusiaan. Melalui Al-Quran banyak ditekankan mengenai kelebihan orang yang berilmu, begitu juga melalui rangsangan hadis nabi yang menyeru agar kita menyelamatkan diri kita daripada belenggu kejahilan. 

Cikgu pun sama. Jadilah cikgu yang berilmu.. supaya cerah masa depan dunia akhirat anak-anak Islam diluar sana. Tak suka jadi cikgu baik resign saja, ia umpama membunuh jiwa anak-anak kita. Panjang umor ada la aku sebagai cikgu pada tahun hadapan. InsyaAllah. 
kat bawah ni ada beberapa kisah.. sile la bace

Apa yang mesti kita sedar dalam menimba ilmu pengetahuan ialah mengenai adab yang mesti kita jaga agar kita menjadi orang berilmu dan beradab. Antaranya ketika kita mahu belajar maka buanglah segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain.

Kita dapat lihat bagaimana sikap rendah diri dan menghormati guru serta membuang segala keistimewaan yang ada pada diri melalui sebuah kisah sebagai renungan bersama di mana Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya masyhur. 

Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.

Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

Pelajar juga mesti duduk dalam keadaan beradab apabila belajar dan jangan lakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati guru. Kita lihat bagaimana yang berlaku kepada imam Syafie yang merupakan seorang yang rajin belajar dan kuat ingatan. Pernah suatu ketika beliau datang belajar tetapi tidak mempunyai kalam dan kertas untuk mencatat apa isi penting yang disampaikan oleh guru disebabkan beliau tidak mampu membelinya. 

Beliau hanya mencatat isi penting itu dengan menggunakan lidi yang dibasahkan dengan lidahnya dan kemudiannya ditulis ditapak tangan. Si guru yang melihat telatah imam Syafie lalu memanggilnya setelah tamat kuliahnya. Si guru begitu marah dengan apa yang dilakukan oleh imam Syafie kerana beliau menganggap imam Syafie tidak menumpukan perhatiannya kepada kuliah yang disampaikan sebaliknya hanya bermain-main sahaja dengan lidi. Imam Syafie menafikannya dan menerangkan bahawa dia telah mencatat semua ilmu yang telah diajar oleh guru tersebut di mana beliau turut menerangkan tentang ketidakmampuannya untuk memiliki kalam dan kertas sebagaimana oleh lain kerana tiada wang. Si guru terus mengujinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu lalu imam Syafie membaca kesemua isi kitab yang telah dibaca oleh guru tersebut sebentar tadi dan apa yang dicatatkannya daripada isi penting di telapak tangannya itu. Si guru begitu kagum dengan ingatan imam Syafie yang begitu kuat.Inilah ia bagaimana seseorang guru akan terasa kurang dihormati apabila melihat muridnya membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hatinya terutama ketika pembelajaran berlangsung. Kita juga dapat lihat bagaimana imam Syafie mampu menjelaskan dengan baik dan sopan kepada gurunya tentang perkara sebenar yang berlaku sehingga guru berpuas hati dan sayang kepada muridnya itu.
Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk dijadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap. 


Kita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan. Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doa orang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul.Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walau pun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini




Friday, November 19, 2010

Kisah NABI SULAIMAN Dengan Seekor Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini boleh hidup di atas batu yang kering ditengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi mengambil gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi meninggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut itu, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu hanya makan setengah sahaja".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup ini, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.

SubhanALLAH...

Thursday, November 18, 2010

PENGERTIAN SOLAT

Pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan. 


Dari segi syara' pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. 


Ibadah sembahyang menjadi wajib kerana telah disabitkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, "Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan".
(Al-Haj : 78)




"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya" .[Taha : 32 ]

DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT



Maksudnya:
       Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Wednesday, November 17, 2010

LUPA

Pesanan buat diriku yang sering lupa....
Alangkah ruginya jika kita lupa bahawa kita terlupa....
bila kita lupa bahawa kita ni terlupa, maka tiada lagi catatan kisah peristiwa yang mahu diceritakan.. seperti kita terlupa contohnya bila kita telah meminjam duit duit daripada si fulan itu.. maka pastinya kita tidak akan bayar melainkan jika diingatkan semula bahawa kita mempunyai hutang. Sama seperti orang yang menyelitkan duit kertasnya bernilai RM 500 di helaian buku dan terus tidak berusaha untuk mendapatkannya semula kerana tiada lagi rasa bimbang atas kehilangan wang tersebut kerana lupa..

Dan yang paling menakutkan lagi bahawa.. (macam dah lari tajuk) apabila kita tidak tahu bahawa kita tidak tahu..dengan perkataan lain jahil murakkab (tidak tahu yang berterusan).
Berbeza dengan manusia yang tahu bahawa dia tidak tahu..maka dia akan berusaha untuk mempelajari dan mengambil tahu.

Ape yang aku nak kaitkan disini..untung bagi orang yang ingat bahwa dia lupa maka dia akan berusaha untuk membetulkan keadaan, dapat mempelajari sesuatu dan mendapatkan pertolongan.

Maka kekallah keadaan si pelupa yang tidak sedar bahawa dia lupa. Situasinya tidak akan berubah..

Pesanan jangan minom air yang ada mayat semut

Wallahu A'lam

Tuesday, November 16, 2010

YA RABB


Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin 



Thursday, November 4, 2010

Hari-hariku dan Malam Pertama

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Hari-hari yang aku lalui siang datang dan pergi..malam kian menjelma..
Ya Allah terlalu banyak dosa-dosaku..
Ampunkanlah dosa-dosaku
ketahuilah olehMu sesungguhnya kami memohon kepada Mu hal-hal yang dapat menentukan rahmat Mu
memperolehi kebaikan, menyelamat dari kejahatan
memperoleh syurga dan selamat dari api neraka.. Amin

Kematian itu pasti. Ianya tidak akan lari walaupun sedikit dari ketentuanNYA.
Maka bersedialah kita untuk menghadapi sesuatu yang tidak kita ketahui akan datangnya ini.. iaitu malam pertama di alam kubur..

Mempersiapkan diri..mencari perisai dengan selayaknya untuk menghadapi sebuah pengakhiran yang Husnul Khotimah.
Moga kita sentiasa dirahmati Allah.
InsyaAllah